Featured

Ada Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah Anda Patut Tahu

sebab orang membuat hibah amanah
Sebab Orang Buat Hibah

Apa matlamat dan apa sebab orang membuat hibah harta?

Isu Pembahagian Pusaka

Hibah harta selalunya dikaitkan dengan masalah pengurusan harta pusaka.

Banyak harta pusaka terbiar kerana waris lewat menguruskan permohonan pusaka dengan pihak berkuasa seperti Bahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya.

Ditambah, waris-waris pun berbalah dalam pembahagian harta pusaka dan menyebabkan isu harta pusaka gagal diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun.

Lebi malang, ramai waris yang bergaduh dan membuat dosa kerana mengambil harta pusaka tidak mengikut proses pusaka dan faraid.

Hibah Harta Antara Penyelesaian Terbaik

Satu daripada penyelesaian terbaik ialah semasa hidup pemilik membuat hibah harta kepada orang yang disayangi.

Proses pembahagian hibah boleh diselesaikan dalam 1-2 bulan kerana semasa hidup pemilik harta telah mengeluarkan surat kuasa kepada syarikat amanah bagi memindah milik harta kepada penerimanya.

Dengan hibah, waris-waris tidak boleh menentang pembahagian harta hibah kerana ia bukan harta pusaka.

Dalam artikel ini diterangkan ada sembilan sebab orang membuat hibah. Semoga ia memberi idea kepada pembaca yang berminat membahagi harta secara hibah kepada waris dan bukan waris.

Pertama – Pemilik Mahukan Perniagaan dan Akaun Bank Kepada Diwariskan kepada Orang Tertentu Sahaja

Hibah Perniagaan Kepada Anak

Sedih banyak syarikat perniagaan tutup bila kematian pemiliknya. Satu kerugian besar perniagaan yang dibena bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata. Harta dan wang di bank menjadi harta pusaka dan diagihkan kepada semua waris faraid.

Keadaan ini boleh diselamatkan sekiranya masa hidup pemilik perniagaan ini membuat hibah perniagaan ini kepada isteri atau anak sulungnya, contohnya.

Harta yang dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan perniagaan dapat berjalan tanpa gangguan waris faraid lain.

Pencairan harta dan akaun bank boleh diselesaikan dalam sebulan dua kerana proses pindah milik berjalan lancar kerana semasa hidup pemilik sudah mengeluarkan surat kuasa bagi urusan pindah milik.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila pemilik meninggal, harta perniagaan dan akaun bank dan harta lain terbeku dan menjadi harta pusaka.

Perniagaan terhenti kerana wang pusingan dalam bank terbeku. Waris mungkin berminat medapatkan harta pusaka perniagaan berbanding meneruskan perniagaan.

Pencairan harta pusaka mungkin mengambil masa 1-2 tahun atau lebih, itu pun jika waris dapat bersatu hati nak percepatkan proses pembahagian pusaka.

Ke-2 Pasangan Yang Hanya Ada Anak Perempuan Mahu Dapat Lebih Dengan Membuat Hibah Harta

Apabila berlaku kematian ibu bapa, anak perempuan seorang akan memiliki 1/2. Baki harta itu akan difaraidkan kepada adik beradik ibu-bapa.

Bayangkan pasangan ini mempunyai 5-6 biji rumah dan berpuluh atau beratus ribu ringgit terpaksa dikongsikan dengan adik beradik mereka. Sedangkan harta itu untuk perbelanjaan dan pelajaran anak-anak.

Sekiranya pasangan ini merancang, pasangan ini akan membuat hibah harta kepada anak perempuan. Apabila mereka meninggal, harta ini akan menjadi milik anak-anak tanpa melalui proses pusaka atau faraid.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal, hak harta faraid bagi seorang anak perempuan ialah 1/2 bahagian, dua dan lebih anak perempuan bahagian mereka ialah 2/3.

Bayangkan jika suami isteri ada hartanah dan simpanan RM1 juta, 1/3 atau RM300K difaraidkan kepada adik beradik. Ia jumlah yang besar sepatutnya boleh digunakan bagi membiayai pendidikan anak dalam dan luar negeri.

Ke-3 Ibu Bapa Mahu Memastikan Masa Depan Anak Di bawah Umur Terpelihara

Apabila berlaku kematian ibu bapa, hak faraid anak bawah umur tetap ada mengikut bahagian yang ditetapkan dalam Islam.

Tetapi ada ibu bapa mahukan harta tertentu seperti ASB dihibahkan masa hidup lagi dan ia tidak mahu difaraidkan.

Jika ibu bapa meninggal dahulu daripada anak, mereka boleh mengarahkan syarikat amanah atau pasangnya memegang harta itu sehingga anak dewasa.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak bawah umur akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka bawah umur akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat atau hibah…

Ke-4 Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa Mahu Menjamin Masa Depan Anaknya Itu

Kesian ada anak istimewa yang terbiar hidup selepas kematian bapanya. Tiada sesiapa yang mengambil peduli akan anak istimewa itu.

Anak istimewa akan mendapat bahagian faraidnya tetapi ia mungkin tidak mencukupi berbanding adik beradiknya yang boleh berdikari.

Masa depan anak istimewa ini lebih terjamin sekiranya bapanya membuat hibah harta dan wang simpanan kepada anak istimewa ini.

Sementara bapa masih hidup, bapa akan menjadi penjaga harta. Jadi wang hibah ini boleh digunakan untuk menjaga dan memberi makan dan perubatan anak istimewa ini.

Sekiranya bapa ini meninggal dahulu, dalam dokumen hibah, bapa boleh melantik ibu anak ini sebagai penjaga harta.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak istimewa akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka anak istimewa akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat.

Ke-5 Pasangan Yang Tiada Anak Mahu Hibah Harta Kepada Orang Yang Disayangi

Ada pasangan mempunyai harta tetapi tidak mempunyai anak. Harta ini bakal menjadi harta pusaka milik waris apabila mereka tiada di dunia.

Pasangan ini boleh merancang pembahagian harta kepada sesiapa pun dengan hibah.

Sebagai contoh, pasangan ini mahu memberikan rumah ini kepada seseorang yang sukai apabila mereka meninggal, contohnya membuat hibah kepada anak saudara atau anak saudara sepupu.

Implikasi Tiada Hibah

Tanpa hibah, harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris. Pasangan ini terlepas peluang memberi hibah harta kepada orang disayangi seperti anak saudara, cucu saudara atau bersedekah ke Jalan Allah.

Ke-6 Suami Yang Prihatin Membuat Hibah Harta Kepada Isterinya

Hibah Rumah Kepada Isteri

Semua suami menyayangi isteri dengan berbagai cara.

Bagi pasangan yang bersusah payah mencari harta mahukan keadilan sekiranya salah seorang pergi dahulu.

Ada suami merasakan apabila beliau meninggal dunia, hak pusaka isteri 1/8 bahagian dan ia tidak mencukupi. Baki 7/8 perlu diagihkan kepada waris yang lain.

Cara nak menyeimbangi bahagian pusuka isteri ialah dengan membuat hibah harta kepada isteri.

Ia mungkin hibah sebuah rumah atau apartment. Jadi apabila suami meninggal, isteri akan mendapat harta yang dihibahkan di samping 1/8 bahagian harta pusaka lain.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah apabila berlaku kematian suami, hak pusaka isteri hanyalah 1/8 bahagian.

Setengah pasangan berpendapat 1/8 adalah kecil terutama jika ada anak masih kecil dan bersekolah.

Ke-7 Mereka Yang Tidak Berkahwin Mahu Membuat Hibah Harta Kepada Orang Disukai

Orang yang tidak berkahwin akan rugi jika tidak merancang pembahagian harta semasa hidup. Harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris yang layak.

Jadi mereka yang belum berkahwin boleh merancang membahagi harta dengan hibah kepada sesiapa atau hibah kepada badan kebajikan seperti pusat dialisis atau rumah anak yatim.

Kebaikan membuat hibah harta ialah boleh digunakan pemilik selagi beliau hidup dan berpindah kepada penerima hibah selepas pemilik meninggal dunia.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila meninggal harta akan menjadi harta pusaka. Waris-waris akan menguruskan proses mendapat pusaka dan akhirnya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Jadi pemilik harta terlepas peluang nak bahagikan harta kepada orang yang disayangi atau disedekahkan harta ke Jalan Allah.

Ke-8 Mahu Menghargai Orang Yang Disayangi Seperti Anak Angkat dan Anak Tiri

Orang yang mempunyai harta apabila ia meninggal ia akan menjadi harta pusaka dan menjadi hak waris. Orang yang disayang tetapi bukan waris tidak akan dapat.

Tetapi dengan hibah beliau boleh memberi harta kepada waris dan bukan waris.

Orang yang disayangi tetapi bukan waris ialah angkat, anak tiri, sepupu dan kawan rapat.

Jika ibu bapa mahu memberi lebih harta kepada mana-mana anak dan cucu, maka hibah adalah pilihan yang terbaik.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila seseorang meninggal dunia, orang yang disayangi dan bukan waris tidak tidak layak menerima harta pusaka. Contohnya, anak angkat dan anak tiri.

Ke-9 Harta Dibelanjakan Ke Jalan Allah Dengan Membuat Hibah Harta dan Wasiat

Harta dibelanjakan di jalan Allah
Berjihad Di Jalan Allah

Ramai yang memiliki harta dan kekayaan. Tetapi ada yang terlupa atau lalai tidak menyalurkan sejumlah kecil atau besar ke Jalan Allah.

Ada dua cara menyalur harta ke Jalan Allah, iaitu hibah atau wasiat.

Kelebihan hibah ialah pemiliknya boleh menggunakan harta semasa hidup dan memindah milik harta itu kepada penerima selepas kematiannya. Ia dilakukan oleh syarikat amanahh.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah harta yang ditinggalkan akan menjadi harta pusaka dan ia menjadi hak milik waris-waris.

membuat hibah harta
Sebab-Sebab Orang Buat Hibah

Video Penerangan 9 Sebab Orang Buat Hibah

Pertanyaan Cara Membuat Hibah Harta

Pertanyaan mengenai artikel ini dan cara membuat hibah amanah sila hubungi penulis, Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan dengan as-Salihin Trustee Berhad

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?

Enam Kebaikan Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu

kebaikan hibah perniagaan untuk usahawan
Hibah Syarikat Perniagaan

Pelan Penggantian Perniagaan – Buatlah Hibah Perniagaan

Usahawan patut tahu akan kebaikan hibah perniagaan sebagai pelan bagi menjamin pewarisan perniagaan berjalan dengan lancar dan sistematik.

Tanpa hibah, ada kemungkinan perniagaan yang telah dibena bertahun-tahun akan terbengkalai kerana usahawan gagal merancang kesinambungan perniagaannya.

Apa itu Hibah Perniagaan?

Hibah perniagaan ialah cara pemberian harta atau pemilikan perniagaan daripada seorang usahawan kepada usahawan lain.

Hibah ini boleh berbentuk pemilikan aset usahawan atau perpindahan hak milik saham kepada pengganti.

Dari segi syariah hibah ini berkuatkuasa pada tarikh hibah ini ditandatangani oleh usahawan, pengganti dan syarikat amanah.

Dari segi pentadbiran, urusan pindah milik dilakukan selepas kematian usahawan. Ia diuruskan oleh syarikat amanah berdasarkan surat kuasa yang diberikan oleh usahawan.

Kebaikan Hibah Perniagaan Kepada Usahawan

Di bawah ini diterangkan empat kebaikan hibah perniagaan yang usahawan patut tahu.

1. Pengganti Usahawan Sudah Ditentukan Semasa Hidup

Apabila hibah perniagaan dibuat ia bermakna usahawan sudah ada pelan penggantian perniagaan (succession planning). Sudah ada penggantinya jika usahawan meninggal.

Bayangkan jika usahawan tidak membuat hibah perniagaan. Semua ahli waris akan berebut-rebut untuk menguasai syarikat atau cuba menguasai pegangan saham. Ia boleh menjejaskan kelancaran perniagaan dan kehilangan pelanggan.

2. Elakkan Waris Berkelahi Kerana Berebut Harta Pusaka

Hibah perniagaan boleh mengelakkan perkelahian di kalangan ahli keluarga usahawan bagi mendapatkan aset syarikat.

Ini kerana siapa yang akan mendapat harta syarikat sudah ditentukan semasa usahawan masih hidup.

Tanpa hibah, apabila usahawan meninggal, harta syarikat akan menjadi harta pusaka. Ikut hukum faraid, harta pusaka adalah milik semua waris terutamanya adik beradik.

Dengki dan perkelahian adalah perkara biasa dalam pembahagian pusaka kerana kekurangan iman.

3. Proses Perpindahan Cara Hibah Lebih Cepat Berbanding Proses Pusaka

Proses perpindahan hak milik harta melalui hibah mengambil masa 1-4 bulan berbanding 2-3 tiga tahun secara proses harta pusaka.

Proses hibah lebih cepat kerana pihak yang terlibat hanyalah penerima hibah, pemegang amanah dan SSM sahaja.

Dengan kuasa yang diberikan oleh usahawan kepada pemegang amanah, pindah milik harta hibah atau pegangan saham kepada penerima hibah berjalan tanpa birokrasi.

Bayangkan tanpa hibah, harta syarikat milik usahawan akan menjadi harta pusaka.

Proses pembahagian kuasa akan diputuskan samada oleh unit pusaka kechil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Itu belum masa diambil bagi mendapatkan sijil faraid daripada mahkamah syariah.

4. Hibah Dikembalikan Kepada Usahawan Sekiranya Pengganti Meninggal Dunia Dahulu

Kebaikan hibah amanah ialah harta yang dihibahkan akan dikembalikan kepada usahawan sekiranya penganti hibah meninggal dahulu dari usahawan.

Jadi ia tidak ada risiko kepada pemberi hibah.

5. Usahawan Boleh Membatalkan Hibah Sekiranya Ia Pemberian Ibu Bapa Kepada Anak

Ibu bapa berhak membatalkan hibah kepada anak-anak tanpa syarat. Ini kelebihan hibah daripada ibu ayah kepada anak.

Bagi hibah yang bukan ibu bapa kepada anak, ia memerlukan persetujuan penerima hibah.

6. Urusan Hibah Perniagaan Lebih Senang Berbanding Hibah Harta Individu

Hibah perniagaan hanya memerlukan beberapa borang SSM yang boleh di download daripada portal SSM.

Syarikat sendirian berhad paling mudah membuat hibah. Apa yang dihibahkan ialah pemilikan atau shareholding sahaja. Hibah pemilikan secara tak langsung hibah harta berdasarkan peratus shareholding.

Jadi usahawan tak perlu tahu samada syarikat ada hutang atau tidak.

Usahawan pun tidak perlu melampirkan butiran hak milik tanah yang dimiliki oleh syarikat dan penyata simpanan atau pelaburan syarikat.

Kesimpulan Kebaikan Hibah Perniagaan

Enam kebaikan hibah perniagaan usahawan patut tahu.

Pertama – Pengganti usahawan sudah ditentukan semasa hidup.

Kedua – Elakkan waris berkelahi kerana berebut harta pusaka

Ketiga – Proses perpindahan cara hibah lebih cepat berbanding proses pusaka

Keempat – Hibah dikembalikan kepada usahawan sekiranya pengganti meninggal dunia dahulu.

Kelima – Usahawan boleh membatalkan hibah sekiranya ia pemberian daripada ibu bapa kepada anak.

Keenam – Urusan hibah perniagaan lebih senang berbanding hibah harta individu.

Hubungi Perancang Harta Anda

Usahawan yang mahu membuat hibah perniagaan, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Elakkan Perniagaan Musnah Dengan Hibah Syarikat

hibah syarikat perniagaan
Hibah Syarikat Perniagaan

Perniagaan Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai ibu bapa yang merupakan pemilik perniagaan tidak tahu hibah syarikat ialah satu cara bagi mengelakkan perniagaan musnah apabila mereka meninggal.

Banyak syarikat sendirian berhad tidak dapat diteruskan oleh anak-anak selepas kematian pemiliknya.

Anak-anak pula lebih berminat berebut harta syarikat daripada mahu meneruskan perniagaan syarikat.

Akibatnya, anak berkelahi kerana berebut harta pusaka harta syarikat perniagaan.

Lepas itu, ia bukan satu proses yang mudah bagi membahagi harta pusaka aset sesebuah syarikat terutama syarikat sendirian berhad.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan dan diletakkan di bawah syarikat receivership bagi membahagikan harta pusaka kepada waris.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat perniagaan ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan ibu bapa dapat diteruskan selepas kematian pemiliknya.

Bagi syarikatt sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah saham syarikat di mana ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika ibu bapa itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu mereka mahukan lagenda perniagaan diteruskan anak-anak.

Tanpa hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir bagi mengurus dan mencairkan harta pusaka.

Bagaimana pun, dengan bantuan syarikat amanah, ibu bapa pemilik boleh membuat hibah kepada anak yang boleh meneruskan perniagaan.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik iaitu meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Kesimpulan: Kebaikan Membuat Hibah Perniagaan

Kebaikan pertama ialah hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti yang layak ditentukan semasa ibu bapa masih hidup.

Kedua, dengan hibah amanah perkelahian anak beranak dapat dielakkan kerana harta syarikat bukan menjadi harta pusaka selepas kematian ibu bapa. Harta menjadi hak milik kepada anak semasa ibu bapa masih hidup.

Kebaikan ketiga ialah proses pembahagian syarikat kepada anak lebih cepat melalui hibah amanah berbanding proses pembahagian pusaka. Prosesnya mengambil masa satu hingga empat bulan berbanding dua atau tiga tahun melalui proses pusaka.

Keempat, sekiranya penerima hibah iaitu anak meninggal dunia lebih dahulu daripada ibu bapa, maka hibah itu terbatal. Maka pemilikan saham syarikat akan berpatah balik kepada ibu bapa mereka.

Jadi elakkan perniagaan musnah dengan hibah amanah.

Pemilik syarikat yang mahu membuat hibah perniagaan kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Ramai Tak Tahu Syarikat Sendirian Berhad Boleh Dihibahkan Kepada Waris

hibah syarikat sendirian berhad
Hibah Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sendirian Berhad Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai tidak tahu harta syarikat sendirian berhad boleh dihibahkan kepada waris atau bukan waris dengan mudah.

Banyak syarikat sendirian berhad ‘mati’ selepas kematian pemiliknya. Akibatnya waris-waris tidak dapat meneruskan lagenda kejayaan perniagaan yang telah dipelopori oleh ibu bapa mereka.

Yang membimbangkan ada kemungkinan syarikat sendirian berhad berpindah kepada rakan kongsi pemegang saham yang lain.

Akibat tidak merancang, aset yang ditinggalkan dalam syarikat sendirian akan menjadi harta pusaka. Dan kemungkinan lagenda perniagaan tidak dapat diteruskan kerana semua waris berminat mendapatkan bahagian faraid masing daripada terus menghidupkan syarikat.

Dan ia bukan satu proses yang mudah bagi memfaraidkan aset sesebuah syarikat sendirian bhd. kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah dua entiti yang berlainan.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan, hutang syarikat dan cukai pendapatan tertunggak dijelaskan sebelum mengetahui aset bersih (net worth).

Maka dari situ aset bersih yang ditinggalkan oleh setiap pemilik (pemegang saham) dibahagikan kepada waris faraid.

Maka dalam mencairkan aset ini, ada kemungkinan ia diletakkan di bawah receivership atas perintah mahkamah dan ini satu proses perundangan yang rumit dan melibatkan kos yang terpaksa dibayar dahulu oleh waris. Itu pun jika mereka mampu.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat sendirian berhad ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan dapat diteruskan tanpa gangguan selepas kematian pemiliknya.

Dalam hibah syarikat sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah pemilikan atau saham syarikat. Ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika seseorang itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu pemilik asal mahukan lagenda perniagaan diteruskan oleh waris mereka terutama anak dan isteri.

Tanpa dibuat hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir, melantik peguam bagi menguruskan pusaka, mendapat surat kuasa mentadbir dan seterusnya pencairan harta.

Dengan mendapatkan khidmat syarikat amanah, pemilik syarikat sendirian bhd. boleh membuat hibah kepada orang yang beliau mahu.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik syarikat atau pemilik saham meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Jika pemilik ialah pemegang saham majoriti, syarikat amanah akan menasihatkan pegangan itu dikekalkan supaya tidak berlaku kehilangan majoriti jika dihibahkan kepada beberapa waris.

Kesimpulan: Hibah Boleh Elakkan Perkelahian Waris dan Bisnes Berjalan Dengan Lancar

Hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti pemilik telah ditentukan secara hibah.

Tanpa perancangan ini, aktiviti perniagaan akan terhenti kerana ketiadaan pemilik dan hartanya di dalam syarikat terpaksa difaraidkan.

Dengan hibah semasa hidup, perniagaan bukan sahaja dapat diteruskan tanpa gangguan malah ia dapat mengelakkan perkelahian waris selepas kematian pemilik.

Strategi ini sudah lama diamalkan oleh syarikat besar di bawah konsep ‘business continuty plan’ iaitu sebagai komponen kepada pengurusan risiko apabila pemilik syarikat perniagaan.

Pemilik syarikat sendirian berhad yang berhajat hendak membuat hibah ekuiti syarikat kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Cara Pembahagian Harta Pusaka Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?

Perlantikan wasi dalam wasiat
Masalah pusaka dapat dikurangkan dengan perlantikan wasi dalam wasiat

Antara soalan yang kerap ditanya ialah cara pembahagian harta pusaka apabila ibu ayah meninggal dunia.

Adakah ibu ayah anda masih hidup? Jika ya, artikel ini menerangkan cara pembahagian harta pusaka dengan gaya mudah.

Kos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah-Proses Pembahagian Harta Pusaka Bermula

Selepas ibu ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat jika ada.

Kos pengkebumian termasuklah kain kapan, keranda, upah mandikan mayat, upah gali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.

Sumbangan wang kepada orang yang sembahyangkan jenazah, buat tahlil dan arwah ibu dan ayah bukan wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit pusaka ibu ayah.

Anak atau waris janganlah guna wang si mati untuk membeli makanan orang yang datang melawat atau selepas membaca tahlil arwah.

Bagaimanapun, waris boleh gunakan wang orang yang sedekahkan untuk apa-apa perbelanjaan atau dibahagi kepada anak cucu kerana ia bukan harta si mati.

Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Pembahagian Harta Pusaka

Setelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang ibu bapa dari wang arwah. Itu pun jika diketahui atau ada yang menuntut.

Pinjaman bank biasa waris akan tahu sebab penyata banj sampai ke rumah.

Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’

Hutang Kepada Allah

Hutang kepada Allah antaranya ialah

  • Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
  • Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
  • Nazar – Hajat si mati yang belum dilaksanakan
  • Haji – Haji yang belum dikerjakan
  • Fidyah – Denda bagi puasa yang ditinggalkan

Hutang Dengan Manusia

Semua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali pemberi hutang menghalalkannya.

Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur. Jika ada si mati berhutang bolehlah berjumpa waris.

Menunaikan Wasiat Emak Ayah – Proses Ke-3 Pembahagian Harta Pusaka

Setelah menyelesaikan hutang arwah emak ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.

Wasiat di sini ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah.

Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris menunaikannya.

Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara waris mahu melaksanakan atau tidak.

Hanya mahkamah yang boleh memutuskan kesahihan wasiat jika ada perbalahan waris.

Tuntutan Harta Sepencarian Emak

Sekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.

Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak.

Selepas tuntutan harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa, isteri/suami dan anak kandung.

Waris Mengambil Baki Harta Pusaka Ibu atau Ayah

Waris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:

  • Hak ibu 1/6 bahagian
  • Hak bapa 1/6 bahagian
  • Hak isteri 1/8 bahagian
  • Hak suami 1/4 bahagian (1/2 jika tiada anak)
  • Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan kadar 2:1 (dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan.

Isu-Isu Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka

pembahagian harta pusaka ayah ibu
Perebutan harta pusaka bermula selepas kematian ibu bapa

Kita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian ibu bapa walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta pusaka adalah jelas.

Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:

  • Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
  • Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikan kepada waris.
  • Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak si mati
  • Ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
  • Waris berkelahi dan bermasam muka kerana berpendapat pembahagian harta tidak adil.
  • Ada anak membunuh ahli keluarga kerana harta pusaka.
  • Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal berbincang dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai.
  • Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka ibu atau bapa terbiar.

Penyelesaian Terbaik Cara Mengurus Pembahagian Harta Pusaka

Tidak pernah kita dengar perbalahan harta pusaka berlaku kepada orang yang membuat wasiat dan melantik syarikat amanah sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka.

Jadi semasa semasa hidup buat wasiat dan melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka.

Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kerana syarikat amanah akan memanggil semua waris setelah mendapat surat mati ibu bapa.

Dengan kuasa yang diberikan oleh pewasiat, syarikat amanah akan ‘memanggil’ semua simpanan di bank, pelaburan ASB dan simpanan emas.

Hutang bank akan diselesaikan oleh syarikat amanah secara rundingan bagi mengurangkan kos faedah.

Setelah semua hutang dijelaskan oleh syarikat amanah, maka baki harta akan diagihkan secara faraid. Sekiranya ada persetujuan, harta pusakan akan dibahagikan mengikut prinsip takharuj – samarata, pelepasan hak kepada waris atau orang lain, penebusan dan sebagainya.

Kesimpulan

Saya percaya tulisan ini dapat memberi kefahaman mengenai cara pembahagian harta pusaka ibu dan ayah yang meninggal.

Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Video Penerangan Matlamat dan Sebab Membuat Wasiat

Matlamat dan Sebab Membuat Wasiat

Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid

kadar pembahagian harta pusaka

Dapatkan Ebook percuma Ketahuilah Formula Faraid dari pinned post link di bawah:

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Kadar pembahagian harta pusaka

Pautan Terbaik:

Enam Sebab Orang Membuat Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Lindungi Masa Depan Anak dan Isteri Dengan Membuat Wasiat

Betul ke Hukum Faraid Tidak Adil Kepada Anak Perempuan?

Sembilan Sebab Orang Membuat Surat Hibah

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Menjana Pendapatan Pasif Sambil Beriklan

Saya nak syer cara menjana pendapatan pasif tanpa henti sambil beriklan. Nak tak?

Semua orang sukakan pendapatan pasif kerana kerja sekali, pendapatan terus masuk poket.

Semua orang perlukan iklan. Tanpa iklan orang tak kenal produk. Jika tak kenal produk tak usah harap nak jana pendapatan.

Sekarang saya nak syer cara nak menjana pendapatan pasif tanpa henti sambil beriklan produk.

Sebelum itu, anda perlu tahu mengapa perlu cari pendapatan tambahan dan tingkatkan simpanan.

Ekonomi Menjunam Tahun Depan – Mula Tingkatkan Simpanan

ekonomi menjunam tahun hadapan
Tingkatkan Simpanan

Mengikut seorang wartawan terkenal, Zainal Rashid Ahmad, ekonomi Malaysia dan dunia dijangka menjunam teruk di masa hadapan

Kita dah saksikan akibat Covid-19, banyak kedai yang tutup, bisnes pun tak maju, ramai yang tidak ada kerja.

Wartawan ini mencadangkan supaya rakyat berjimat cermat dan mula menyimpan wang. Nak simpan wang mestilah ada pendapatan. Betul tak?

Program AutoRM dilahirkan bagi membolehkan ahli meningkatkan pendapatan dan simpanan. Ia juga program bagi menyediakan ruang iklan dengan kos yang rendah kepada usahawan.

Rebutlah peluang menjana pendapatan dan beriklan sementara program AutoRM masih baru di pasaran.

Jom kita tengok penerangan program AutoRM ini.

Program Menjana Pendapatan Pasif – AutoRM

AutoRM ialah portal iklan yang menawarkan tapak iklan tanpa had dan dalam masa yang sama menjana pendapatan pasif apabila anda promotekan portal ini kepada kawan-kawan.

AutoRM menawarkan pendapatan aktif dan pendapatan pasif tanpa henti.

Menjana Pendapatan Aktif

Bonos Penajaan

Pendapatan aktif di sini ialah bonos penajaan RM10 setiap orang yang join direct di bawah anda.

Semakin ramai anda perkenalkan portal iklan AutoRM maka semakin banyak bonos penajaan, iaitu RM10 seorang.

Bayangkan anda menaja 100 orang, bonos penajaan ialah RM1,000.

Cara Menjana Pendapatan Pasif

AutoRM menawarkan dua bentuk pendapatan pasif, iaitu

Bonos Matrix – RM180 setiap kali anda membentuk 12 ahli baru.

Bonos Tajaan Reentry – RM20 setiap kali reentry apabila downline membentuk 12 orang.

Bonos Matrix – Satu Bentuk Pendapatan Pasif

cara menjana pendapatan pasif
Pendapatan Pasif

Anda akan mendapat pendapatan Bonos Matrix RM180 apabila ada 12 orang melanggan portal iklan AutoRM. Jadi setiap kali membentuk 12 orang, anda akan mendapat R180.

Bayangkan anda dapat membentuk 100 kumpulan 12 orang, maka pendapatan Bonos Matrix ialah 100 x RM180 = RM18,000.

Tiada had kumpulan, ia terpulang kepada anda.

Jadi RM180 ialah satu bentuk pendapatan pasif

Apa itu Matrik AutoRM?

Matrix AutoRM ialah rangkaian penajaan. Ia terdiri dari anda, 3 orang downline dari Lapisan pertama (L1) dan 9 orang downline dari Lapisan kedua (L2). Jadi ada 12 orang dalam kumpulan anda.

Anda PERLU menaja 3 orang sahaja pada L1 (1×3). Terangkan portal ini membolehkan anda beriklan 10 tapak iklan.

Kemudian suruh setiap orang itu menaja 3 orang juga. Maka akan ada 9 orang (3×3) dalam L2.

Maka dalam kumpulan anda akan ada 12 orang (3+9).

Apabila terbentuk 12 orang, anda akan mendapat RM180 Bonos Matrix.

Selagi anda membentuk 12 orang dari L1 dan L2, maka selagi itu anda akan mendapat RM180 tanpa mengira saat, minit, jam, atau hari. Orang Putih kata ‘sky is the limit’.

Bonos Tajaan Reentry – Satu Bentuk Pendapatan Pasif

Apabila anda membentuk 12 orang member dan mendapat RM180, maka upline anda yang direct akan mendapat RM20.

Ia bermakna setiap kali anda mendapat bonos matrix RM180, upline direct anda akan mendapat RM20.

Anda layak mendapat RM20 bonos tajaan reentry apabila downline anda berjaya mendapat RM180.

Selagi ada downline anda yang direct membuat RM180, maka anda akan mendapat RM20 bonos tajaan reentry tanpa had.

Jadi RM20 dipanggil pendapatan pasif

Konsep Sistem Spillover

cara menjana pendapatan pasif
Pendapatan Pasif

Apa itu ‘spillover’?

Spillover maknanya limpahan atau lebihan. Dalam rajah di atas, L1 hanya boleh menerima 3 ahli sahaja dan L2 9 orang sahaja.

Jika anda menaja orang ke-4 atau ke-5, ia akan pergi ke L2.

Jadi ada kemungkinan anda menaja seorang sahaja pada L1, orang ke-2, ke-3, ke-4 dan ke L2 yang lain diisi oleh upline anda.

Jadi anda tetap dapat RM180 tetapi tidak mendapat bonos penajaan RM10 seorang. Bonos penajaan RM10 seorang akan dinekmati oleh upline anda.

Konsep Akaun Reentry

Apabila anda cukup 12 orang dan mendapat bonos RM180, anda akan mendapat satu akaun baru secara automatik. Akaun ini dipanggil Akaun Reentry.

Akaun Reentry anda ini akan duduk semula di bawah upline anda. Anda tidak perlu ada username dan password yang baru.

Dengan akaun reentry, anda boleh membentuk 12 orang baru bagi L1 dan L2. Akaun reentry sentiasa terbentuk selagi anda membentuk 12 orang dan akan mendapat bonos matrix RM180.

Beriklan Sambil Menjana Pendapatan Pasif

Beriklan sambil Pendapatan Pasif
Beriklan

Program AutoRM bukan sahaja memberi peluang menjana pendapatan bahkan peluang beriklan.

Setiap perniagaan memerlukan iklan bagi memperkenalkan produk mereka.

AutoRM menawarkan ruang beriklan yang disasarkan kepada ahli dan orang luar.

Ada dua bentuk iklan – iklan sponsor dan iklan premium.

Iklan Sponsor

Apabila ahli mendaftar dan membayar RM50 (sekali sahaja), ahli akan mendapat 10 tapak iklan sponsor. Tidak perlu renewal setiap tahun.

Contoh iklan sponsor ialah di tengah-tengah portal iklan (rujuk table di atas).

Iklan Premium

Jika 10 iklan sponsor percuma, iklan premium adalah berbayar iaitu RM20 bagi 1,000 klik.

Iklan premium duduknya di sebelah kiri dan bawah iklan sponsor.

Anda boleh memasang seberapa banyak pun iklan premium. Tetapi paparan adalah secara random oleh sistem AutoRM.

Apabila orang klik sekali, maka jumlah 1,000 klik akan berkurang satu klik. Anda boleh tengok berapa klik setiap iklan. Apabila 1,000 klik habis, anda boleh membeli lagi, iaitu RM20 untuk 1,000 klik (2 sen per klik).

Kos per klik 2 sen sangat murah berbanding kos per klik Fbads dan Google tidak kurang dari 10 sen, dan mungkin mencecah 50 sen atau seringgit.

Tetapi ada cara anda boleh mendapat 1,000 klik percuma, iaitu apabila anda menaja ahli baru.

Setiap ahli baru yang anda taja, anda akan mendapat 1,000 klik percuma. Jika anda menaja 10 orang, anda akan mendapat 10,000 klik.

Anda Mempunyai Impian?

tukarkan impian kepada realiti
Tukarkan Impian Kepada Realiti – BMW

Anda mungkin mempunyai impian memiliki rumah dua tingkat, memiliki kenderaan BMW atau melancong ke UK, atau mahu mencari pendapatan tambahan RM1,000 sebulan.

Maka program AutoRM menawarkan anda peluang merealisasi impian anda. Apa yang mustahak ialah memiliki impian membara, percaya kepada kebolehan anda, percaya kepada program ini dan rajin membantu kumpulan anda.

Di dunia ini tidak ada cara sekelip mata untuk kaya dan berjaya. Anda kena berusaha keras untuk memperkenalkan portal iklan AutoRM ini.

Pelaburan hanyalah RM50 tetapi potensi pendapatannya ialah bergantung kepada impian atau berapa yang anda mahukan.

Sebagai permulaan anda mesti cukup ilmu dan faham akan sistem AutoRM kerana itu kunci kejayaan program ini.

Kami akan masukkan anda dalam group Whatsapp dan Telegram Admin supaya anda yakin kepada program iklan AutoRM. Dan jika ada soalan, anda boleh bertanya.

Testimoni Pendapatan

Dari table di bawah, seorang upline baru join sebulan berjaya mendapat bonos penajaan RM240 (24 orang ditaja) dan bonos reentry RM360 (RM180x2).

Jumlah pendapatan terkumpul ialah RM600 yang ada tersimpan di wallet.

RM590 telah dimasukkan ke akaun bank upline ini oleh Admin AutoRM.

Join AutoRM Sekarang

Jika program ini diperkenalkan oleh kawan anda, anda hendaklah berhubung dengan beliau untuk join.

Sekiranya tidak, anda boleh join di bawah bimbingan saya. Klik link di bawah untuk pra-pendaftaran.

Selepas mendapat email daripada Admin, anda boleh membayar RM50 kepada Admin AutoRM. Lepas itu, anda dah boleh memperkenalkan AutoRM terutama yang sedang tercari tempat nak beriklan.

Klik sini untuk JOIN AUTORM

Pautan luar

Dropship Shopee – Upload 1,000 Barang Dari Kumoten

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Cara Mengatasi Covid 19 Dengan Minuman Se7en

mengatasi covid 19
Cara Mengatasi Covid-19 Dengan Se7en

Kami sekeluarga mempercayai minuman Se7en adalah satu daripada cara mengatasi Covid-19. Di sini kami nak syer pengalaman setelah mengamalkan minuman atau jus Se7en.

Kami suami isteri sahaja yang tidak kena jangkitan Covid-19. Anak, menantu dan dua cucu telah positif Covid. Mereka duduk serumah bersama kami.

Kami yakin dengan amalan meminum Se7en telah mencegah kami berdua daripada terkena Covid. Sejak itu, kami menyuruh anak dan menantu minum Se7en.

Mengapa kami yakin Se7en bagus untuk mencegah dan mengatasi Covid 19? Ceritanya begini…

Sekarang kelapa muda sangat laku. Ada yang menyimpan banyak stok buah kelapa kat rumah.

Di supermarket, jika datang tengahari kelapa muda habis dijual.

Di katakan air kelapa muda bagus untuk melawan Covid-19 walaupun belum ada penemuan saintifik terhadapnya.

Orang mencampurkan madu, air lemon dan garam ke dalam air kepala muda sebelum meminumnya.

Jika diperhatikan, lemon dan madu adalah bahan yang kaya dengan ANTI-OKSIDAN.

Bahan anti oksidan dikatakan bagus untuk mencegah penyakit. Tuan boleh Google pasal bahan anti-oksidan.

Kita mendapati lemon dan madu ada dalam jus SE7EN. Malah dalam jus Se7en ada tambahan halia, bawang putih dan jus epal.

Jika kita search, lemon, madu, halia, bawang putih, jus epal juga kaya dengan bahan anti-oksidan. Bahan anti oksidan bagus untuk mencegah dan melawan penyakit.

Kami yang berumur 60-an telah amalkan minuman kesihatan Se7en sejak tujuh tahun lepas.

Kami yakin, semakin kita tua kita memerlukan bahan makanan tambahan terbaik yang boleh mencegah dan mengawal sebarang penyakit.

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubat.

Jika kita percaya lemon, madu, halia, bawang putih dan epal bagus untuk penjagaan kesihatan, maka amalkan Se7en. Ini kerana dalam sebotol Se7en sudah ada semua bahan-bahan di atas.

Setiap pagi hanya minum satu cup jus Se7en yang disimpan dalam peti sejuk.

InsyaAllah ia bagus untuk menjaga kesihatan termasuk mencegah Covid.

Hubungi saya Rahaman 013 366 1242 untuk dapatkan bekalan Se7en.

Produk Minuman Khasiat Se7en

Minuman cecair Se7en terdapat dalam botol plastik. Ada tiga botol Se7en dalam satu kotak. Satu kotak disyorkan untuk kegunaan sebulan.

Dalam satu kotak ada 3 botol
Minuman Kesihatan Se7en

Satu Cup Minuman Se7en Sehari Untuk Mengatasi Covid 19

Satu hari hanya memerlukan satu cup Se7en sahaja. Waktu yang terbaik minum ialah waktu pagi sebelum sarapan pagi.

minuman se7en untuk covid-19
Satu cup sehari
cara minum se7en
Cara Minum Se7en

Lima Bahan Dalam Minuman Se7en

Ada lima bahan dalam jus Se7en, iaitu perahan halia, perahan bawang putih, perahan buah lemon, jus epal dan madu.

Disclaimer

Pengalaman meminum Se7en bagi mengatasi Covid 19 adalah pengalaman penulis sahaja. Ia tidak menjamin apabila minum Se7en, Covid 19 akan dapat dicegah. Ini kerana pengalaman adalah berbeza bagi setiap orang minum Se7en. Se7en adalah minuman kesihatan kerana bahan-bahan halia, bawang putih, lemon, jus epal dan madu adalah bagus untuk kesihatan. Bahan-bahan ini kaya dengan antioksidan. Oksidan dikatakan bagus untuk mencegah pelbagai penyakit,

Cara Mengurangkan Se7en Dalam Darah

Cara Hilangkan Gatal Ekzema Bayi Dan Sakit Kulit Dengan Berkesan

Mengapa Isteri Tidak Mendapat Hak Penjagaan Harta Anak Di Bawah Umur?

hak penjagaan harta anak bawah umur
Hak Penjagaan Harta Anak

Mengapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?

Bagi kebanyakan suami percaya yang isteri mempunyai hak menjaga harta anak bawah umur secara automatik. Tapi SALAH, SALAH, SALAH.

Suami ialah penjaga hakiki anak-anak samada penjagaan diri dan harta. Apabila suami meninggal dunia, hak menjaga harta anak itu diserahkan kepada datuk sebelah bapa.

Hak menjaga harta anak itu boleh diserahkan kepada isterinya atau sesiapa sekiranya semasa hidup suami ada membuat wasiat.

Penerangan Bagaimana Isteri Tidak Berhak Menjaga Harta Pusaka Anak Selepas Suami Meninggal

Mengapa Isteri Tidak Berhak Menjaga Harta Anak?

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam – Hak Penjagaan Anak

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur

Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,

“Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa. Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”

Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. 

Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

Anak kecil katakan umur setahun dan sehingga umur 18 tahun adalah tempoh yang panjang. Beliau memerlukan makan minum, tempat tinggal, pakaian, persekolahan dan perubatan.

Bayangkan seseorang isteri yang tidak mempunyai tunai di tangan, bagaimana sukarnya untuk menyara anak kecil itu. Bayangkan jika ibu ini kena menjaga beberapa anak kecil.

Membuat Wasiat Hak Penjagaan Harta Anak

wasiat melantik isteri penjaga harta anak
Wasiat Melantik Penjaga Harta

Seseorang suami yang baik hendaklah merancang semasa hidup sekiranya beliau meninggal dan anaknya masih kecil, maka diwasiatkan isterinya sebagai penjaga harta anak-anaknya.

Sekiranya suami meninggal dan berpandukan wasiat, maka pihak berkuasa akan menyerahkan bahagian harta pusaka kepada isterinya sebagai penjaga harta anaknya itu.

Sekiranya suami mahukan harta pusaka anak ini dijaga oleh orang lain seperti adiknya atau syarikat amanah pun boleh dibuat dengan berwasiat.

Sekiranya wasiat dibuat dengan syarikat amanah, suami boleh menentukan cara menggunakan wang pusaka anak itu tadi. Contoh, sejumlah bayaran untuk makanan dan penjagaan, sejumlah pembayaran untuk pelajaran, dan sejumlah bayaran apabila anak ini mencapai umur 18 tahun.

Membuat Hibah Harta dan Wang Untuk Anak Kecil

Satu lagi pilihan yang popular ialah membuat hibah harta dan wang kepada anak di bawah umur.

Hibah ialah pemberian semasa hidup dan ia cara paling berkesan bagi menjamin hak anak. Ini kerana hibah bukan harta pusaka.

Berbanding dengan harta pusaka, pemberian hanya diperolehi selepas kematian bapanya. Dan hak anak itu telah ditentukan mengikut hukum faraid.

Dalam hibah, suami boleh menamakan isteri sebagai pemegang amanah untuk menjaga harta anak yang bawah umur itu tadi. Apabila suami meninggal, secara automatis isterinya menjadi penjaga harta.

Jadi harta anak itu, katakan simpanan RM300,000 – ia boleh terus digunakan oleh isteri tadi untuk kebajikan anak itu seperti makan minum, pakaian dan pelajaran.

Jadi bila anak ini telah dewasa, maka ibu tadi bolehlah memberi baki harta itu kepada anak, sekiranya ada lebih.

Tip Mahukan Isteri atau Orang Yang Dipercayai Menjadi Penjaga Harta Anak

Sekiranya tuan mahu menjadikan isteri atau orang yang dipercayai menjadi penjaga harta anak di bawah umur maka ia hendaklah dibuat melalui wasiat atau hibah.

Sila hubungi saya, Rahaman di talian 013 366 1242 untuk penjelasan.

PAUTAN

Enakmen 15 Tahun 1992
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1992

Seksyen 94 – Orang yang berhak kepada penjagaan

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

cara membuat surat hibah amanah
cara membuat surat hibah amanah

Macam mana cara nak membuat surat hibah. Ini pertanyaan yang biasa didengar dari mereka yang mahu membuat hibah.

Mula-mula seorang perancang harta dari syarikat amanah kena tahu risauan atau masalah yang dihadapi oleh seseorang yang bercadang nak buat hibah dan kemudian ‘verify’ atau sahkan.

Ketahui Masalah Pelanggan Sebelum Membuat Surat Hibah

Seseorang yang mahu buat surat hibah akan call perancang harta dari syarikat amanah.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Ada sebab-sebab orang membuat surat hibah, antaranya ialah

  • Pemilik perniagaan yang mahu memberi perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahu memberi harta kepada seseorang
  • Orang yang memiliki anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan hibahkan harta
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja
  • Pasangan yang tiada anak dan mahu hibah harta kepada seseorang
  • Suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada orang tertentu seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Orang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan iaitu anak-anak, ibu-bapa dan pasangan.

Jika mempunyai anak, berapa orang lelaki dan perempuan, samada mereka di bawah umur dan mempunyai anak istimewa.

Harta Benda Pemberi Hibah

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan atau ‘Verify’ Masalah Pemberi Hibah

Setelah mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan, baru boleh disahkan masalah pelanggan yang sebenar.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pemberi Hibah

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan
  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki , maka proses seterusnya ialah menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah ini akan disediakan oleh pegawai-pegawai dari syarikat amanah.

Setelah siap, deraf hibah akan diemailkan kepada perancang harta dan seterusnya kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Surat Hibah dan Suratkuasa

Surat hibah akan ditandatangani oleh pemberi hibah
Menandatangani Surat Hibah

Setelah pelanggan bersetuju dengan deraf hibah dan suratkuasa, maka surat itu akan dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah.

Bayaran khidmat penyediaan hibah akan dibuat semasa menandatangi dokumen hibah.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah bagi tujuan keselamatan.

Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Banyak syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Sangat penting membuat surat hibah yang boleh diyakini.

Surat hibah itu mestilah ‘berwibawa’ sekiranya ada pertikaian mengenai kesahihan dan kebolehlaksanakan hibah itu kepada penerima hibah.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah.

Syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya.

Syarikat amanah akan bertanggungjawap dalam menguruskan pindah milik harta kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik hibah juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, mustahak pelanggan memilih syarikat amanah yang pakar dan berpengalaman menyediakan dokumen hibah. Cara ini dapat mengurangkan risiko kegagalan menyempurnakan hibah pada satu hari nanti.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah dengan syarikat amanah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

cara membuat surah hibah
cara membuat surat hibah

‘Macam mana cara nak membuat surat hibah?’, ini soalan yang biasa didengari oleh seorang perancang harta dari sebuah syarikat amanah.

Seorang perancang harta macam seorang doktor. Perancang harta kena tahu sakit yang sebenar dan cadangkan kemudahan yang sesuai. Sebab seorang yang call kita, tiba-tiba kata ‘saya nak buat hibah takut adik beradik berebut harta pusaka saya.’

Ada banyak pihak yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Dalam artikel ini, saya syer pengalaman saya dengan sebuah syarikat amanah.

Cari Masalah Pelanggan Dahulu

Seseorang yang berhajat nak buat surat hibah seharusnya call atau wasap agen atau perancang harta.

Sesorang pelanggan boleh wasap, panggilan telefon atau berjumpa. Semua bergantung kepada perancang harta dan pelanggan yang mana praktikal.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Bila dibincang dengan prospek, mungkin dia tidak memerlukan hibah tetapi memerlukan wasiat sahaja, atau perjanjian harta sepencarian atau hibah takaful.

Saya ada tulis satu artikel mengenai ada sembilan sebab orang nak buat hibah. Secara tak langsung, kita dah boleh tahu masalah prospek itu.

Boleh baca sini Sembilan Sebab Orang Buat Hibah. Jadi saya boleh rumuskan ada 9 sebab orang nak buat hibah.

  • Pemilik perniagaan yang mahu wariskan perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahukan memberikan harta kepada seseorang
  • Orang yang mahu menguruskan keperluan kewangan anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan harta diagihkan semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja dan mahukan kadar pembahagian dibuat semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang tiada anak dan mahukan pembahagian harta kepada seseorang dibuat semasa mereka hidup
  • Seseorang suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih apabila beliau meninggal
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada seseorang samada waris dan bukan waris atau dasar kasih sayang, seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Seseorang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah semasa mereka masih hidup.

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan. Kena tahu samada pelanggan masih mempunyai ibu-bapa. Jika tiada ibu-bapa adakah masih mempunyai datuk dan nenek.

Jika mempunyai anak, kena tahu berapa orang lelaki dan perempuan dan adakah mereka bawah umur atau mempunyai anak istimewa.

Apakah Harta Yang Mereka Miliki dan Hutang

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan Masalah Mereka Yang Hendak Diselesaikan

Setelah mendengar masalah pelanggan, mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan – baru boleh disahkan masalah pelanggan.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pelanggan

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email
  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Seseorang perancang harta setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki akan memanjangkan kepada organisasi mereka bagi menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah akan dipanjangkan kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Dokumen Surat Hibah

cara membuat surat hibah berkesan
Surat Hibah

Deraf hibah yang telah dipersetujui oleh pelanggan sudah boleh dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah itu akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah tersebut.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang sudah ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah.

Membuat Surat Hibah Yang Boleh diyakini

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Adalah penting membuat surat hibah yang boleh dipercayai dan diyakini.

Surat hibah itu mestilah sah jika ada pertikaian mengenai jika ada ahli keluarga yang mempertikaikannya.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah; syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya; syarikat amanah akan diamanahkan bagi menukar hak milik kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, sangatlah mustahak memilih pihak yang menyediakan dokumen hibah dan pihak yang melaksanakan hasrat hibah dengan penuh yakin bagi mengurangkan risiko kegagalan hajat membuat hibah kepada penerima hibah.

Kepakaran dan pengalaman lepas syarikat dalam membuat surat hibah dan perlaksanaan sangatlah penting kepada mereka yang nak membuat hibah.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah atau pertanyaan buat hibah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Hukum Hibah – Adakah Hibah Memerlukan Persetujuan Ahli Waris Yang Lain?

hukum memberi hibah
Sebuah masjid yang cantik

Soalan. Assalamualaikum saya nak tanya berkenaan hukum hibah. Emak saya sudah hibahkan tanah kepada salah seorang cucunya tanpa pengetahuan kami sekeluarga, ada antara kami yang tidak bersetuju. Apakah hukumnya tuan?

Jawapan

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Hibah ialah satu pemberian kepada seseorang untuk digunakan manfaatnya kepada penerima. Ia merupakan pemberian sesuatu ain (benda) miliknya kepada orang lain sewaktu hidupnya tanpa mengharapkan pembalasan. Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan:

Hibah menurut istilah fiqh bermaksud pemberian hak milik kepada seseorang tanpa balasan (iwad) sewaktu hidupnya. Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai makna yang hampir sama” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji:

Hibah merupakan satu kontrak perjanjian (akad) bertujuan kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gentian (iwad) ketika masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/115)

Pensyariatan dan Hukum Hibah

Terdapat dalil al-Quran, Sunnah serta Ijma’ dalam galakan berhibah bagi membantu dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

(Surah al-Nisa, 4)

Hukum Hibah

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan, sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/176)

Ijma’ para fuqaha’ bahawa sebarang bentuk hibah adalah disunatkan.

Namun ia akan berubah menjadi haram sekiranya tujuan hibah itu kerana kemaksiatan atau membantu kezaliman serta bertujuan untuk rasuah.

Begitu juga, hibah akan menjadi makruh sekiranya bertujuan untuk riak dan sombong. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/122).

Rukun dan Syarat Hibah

Hibah dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat dan rukunnya. Syeikh Muhammad Zuhaili membahagikan rukun hibah tiga secara umum dan lima secara terperinci iaiatu:

  1. Dua pihak yang berakad, iaitu pemberi dan penerima.
  • Para fuqaha’ dalam mensyaratkan pemberi hibah mestilah orang yang mukallaf, berakal, baligh serta layak untuk menyumbang.
  • Oleh itu, kanak-kanak dan orang gila tidak layak untuk melakukan hibah
  • Harta atau barang yang hendak dihibahkan itu mestilah milik sepenuhnya daripada diri pemberi
  • Selain itu, disyaratkan kepada penerima hibah mestilah orang yang mukallaf. Namun sekiranya tidak mukallaf pihak wali boleh menerimanya.
  1. Akad Sighah
  • Di syaratkan untuk melakukan hibah mestilah ada ijab dan qabul dengan lafaz sama ada secara jelas (sorih) atau kiasan (kinayah). Maka sah akad perjanjian secara kinayah seperti akad perjanjian bertulis.
  • Lafaz ijab dan qabul itu mestilah berkesinambungan dan tidak terputus seperti akad jual beli.
  1. Barang yang hendak dihibah
  • Syarat barang untuk dihibah adalah setiap barang yang harus dijual beli. Ini kerana tujuan hibah adalah penukaran hak milik.
  • Barang yang hendak dihibah mestilah wujud. Oleh itu, tidak sah menghibahkan anak kambing yang berada di dalam kandungan.
  • Barangan itu mestilah bernilai dan memberi manfaat. Tidak sah sekiranya menghibah barang yang tidak bernilai di sisi syara’ seperti arak dan khinzir.
  • Pemberi mesti memiliki barang yang hendak dihibahkan.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 3/178, al-Fiqh al-Manhaji, 6/120)

Al-Qabd (Penerimaan Hibah)

Apabila sempurna akad hibah ijab dan qabul, akan tetapi belum menerima hibah tersebut maka ia masih lagi belum berpindah hak milik. Oleh itu, pemberi boleh menarik balik hibah tersebut selagi mana hibah tersebut tidak sampai ke tangan penerima. Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan:

Tidak dikira sebagai hak milik penerima selagi mana belum menerima hibah (qabd). Oleh itu, pemberi boleh menarik semula pemberiannya”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie’, 3/182)

Ini seperti hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih menurutnya:

لَمَّا تزَوَّجَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أُمُّ سَلَمَةِ قَالَ لَهَا: إِنِّي أَهْدَيْتُ إِلِى النَّجَاشِي أَوَاقاً مِنْ مِسْكٍ، وَحُلَّةٌ، وَإِنِّي لاَ أَرَاهُ إِلاَّ قَدْ مَاتَ، وَلاَ أَرَى الَهِدِّيَةَ الَتِّي أَهْدَيْتُ إِلَيْهِ، إِلاَّ سَتَرُدُّ، فَإِذَا رُدَّتْ إِلَيَّ فَهُوَ لَكِ أَمْ لَكُمْ؟ فَكَانَ كَمَا قَالَ هَلَكَ النَّجَاشِي، فَلَمَّا رُدَّتْ إِلَيْهِ الهَدِيَّةُ، أَعْطَى كُلُّ امْرَأَةٍ مِنْ نِسَائِهِ أَوْقِيَّةِ مِنْ ذَلِكَ المِسْكِ، وَأَعْطَى سَائِرَهُ أُمُّ سَلَمَةِ وَأَعْطَاهَا الحُلَّة

Maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW mengahwini Ummu Salamah R.Anha. Baginda bersabda kepadanya: “Aku hadiahkan kepada Najashi beberapa auns minyak kasturi dan perhiasan tetapi aku merasakan dia telah meninggal dunia. Aku juga merasakan hadiah yang aku berikan kepadanya ini akan dipulangkan. Apabila hadiah itu dipulangkan kepada aku, ia akan menjadi hak engkau atau hak kamu semua. Seperti mana yang dikatakan tentang kematian Najashi, apabila dikembalikan hadiah itu, maka dihadiahkan kepada semua isteri-isteri baginda SAW minyak wangi itu, dan diberikan baki selebihnya kepada Ummu Salamah, kemuan ia menerima sebelihnya daripada perhiasan “

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (2/188)

Oleh itu, sekiranya akad hibah berkuatkuasa sebelum penerimaannya, maka Nabi SAW tidak akan bersetuju untuk menerimanya semula. Dan Baginda SAW akan menyerahkan kepada waris Najashi kerana ia akan menjadi sebahagian daripada pusaka. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/126)

Kesimpulan Hukum Hibah

Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya cukup syarat dan rukun serta bukti dokumentasi pemberiannya, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Pemberi hibah juga tidak memerlukan persetujuan orang lain untuk menghibahkannya. Ini kerana syarat pemberi dan penerima hibah tidak memerlukan kepadanya. dan barang yang telah dihibahkan, tidak boleh ditarik balik semula.

Selain itu, Hibah merupakan perkara yang disyariatkan di dalam islam. Malah, ia juga digalakkan untuk memberi kepada saudara-mara dan kerabat yang terdekat bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Firman Allah SWT:

وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

Maksudnya: dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi

(Surah al-Baqarah, 177)

Hadis Nabi SAW:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Maksudnya: “Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.”

Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara mursal (2/908)

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agamaNya mengamalkan syariahnya dengan sebaik mungkin. Amin.

WaAllahu a’lam.

Kredit Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini telah disunting sedikit (bagi tujuan search engine optimation (SEO) tanpa mengubah maksud. Pembaca boleh merujuk kepada artikel asal seperti pautan di bawah ini.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3680-al-kafi-1365-adakah-hibah-memerlukan-persetujuan-ahli-waris-yang-lain?fbclid=IwAR2VkzcfiNYVH618cQw0iHdzzOua4JXiXsDLkp2Fqf7alp1MIBDAtnstYyY

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Pautan

Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Rahsia Mendapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd